Calon PH, Halimey Abu Bakar berkata, isu berkenaan penting untuk ditangani berikutan banyak penduduk kawasan bandar terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) terjerumus dalam perkara negatif termasuk jenayah disebabkan faktor persekitaran serta sosioekonomi.

Katanya, penduduk yang menghadapi masalah boleh mendapatkan sokongan kaunselor bertauliah menerusi Pusat Kaunseling Komuniti.

“Usaha ini saya anggap akan dapat membantu di peringkat awal terutama untuk meredakan tekanan emosi yang mereka hadapi ekoran berdepan pelbagai dugaan dan cabaran hidup.

“Walaupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ada menghulurkan bantuan, ia tidak mencukupi. Kita tidak boleh memandang ringan masalah terutama membabitkan emosi kerana boleh menimbulkan isu lain pada masa hadapan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kaunseling Komuniti Petaling di sini hari ini.

Halimey akan berdepan calon Pas, Dr. Halimah Ali dalam PRK DUN Seri Setia selepas penyandangnya Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu.-UTUSAN ONLINE.