Pasukan tersebut ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses penstrukturan itu sudah bermula sejak diumumkan dan mereka dipindahkan ke jabatan lain yang mempunyai kekurangan anggota dan pegawai.

“Daripada 600 pegawai dan anggota tersebut, sebanyak 167 telah diagihkan ke jabatan-jabatan lain yang boleh diperkukuhkan seperti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Proses ini sedang berjalan dan saya berharap dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini kerana jika perincian dibuat masa ini, kita menghadapi masalah kerana ada pegawai-pegawai di bahagian tadi akan bersara atau ditukarkan lebih awal,” katanya.

Pada 26 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin mengumumkan pemansuhan tiga pasukan khas PDRM susulan penstrukturan semula jabatan di dalam agensi penguat kuasa tersebut. - UTUSAN ONLINE