Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, insentif bantuan pensijilan tersebut akan melibatkan kawasan penanaman kelapa sawit seluas kira-kira 2 juta hektar.

Beliau memberitahu, insentif tersebut merupakan keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil disamping mencapai pelaksanaan mandatori MSPO di seluruh negara menjelang 31 Disember 2019.

"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan pensijilan MSPO secara mandatori terhadap seluruh rantaian industri tidak membebankan pekebun kecil persendirian dan terancang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE