Seorang penoreh warga emas, Hatun Ahmad, 61, berkata, kejatuhan harga komoditi itu begitu menyusahkan penoreh dan pekebun kecil getah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

HATUN AHMAD
HATUN AHMAD 

"Sebelum ini, saya mampu memperoleh pendapatan mingguan melebihi RM400 tetapi sejak beberapa bulan lalu, saya cuma memperoleh antara RM8 hingga RM10 sehari purata hasil jualan torehan (getah sekerap).

"Kerajaan perlu membuat perancangan termasuk mengembangkan pasaran luar supaya harga getah lebih stabil dan memberikan keselesaan hidup penoreh getah yang bergantung dengan pekerjaan ini," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Penoreh getah dari Kampung Perak di sini, Khairy Abdullah, 40, berkata, ekoran kejatuhan harga getah, dia hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM150 seminggu.

"Dengan hanya RM150 seminggu pastinya tidak mencukupi untuk perbelanjaan barangan keperluan rumah dan persekolahan tiga anak serta keperluan lain," katanya.