Abd. Pattah Yusoff, 45, perlu melakukan pembedahan tersebut secepat mungkin selepas penyakitnya semakin kronik sejak awal bulan ini.

Isterinya, Che Romlah Che Osman, 40, berkata, dia tidak mampu mengumpul wang untuk menampung kos pembedahan tersebut kerana hanya bekerja sebagai penoreh getah.

Katanya, pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian selain dan menanggung tiga anak sedang bersekolah.

“RM10,000 bagi saya satu jumlah yang cukup besar dan ia mungkin mengambil masa agak lama untuk dikumpul.

“Sedangkan suami perlu segera dibedah jika tidak tahap kesihatannya akan menjadi merosot,” katanya selepas menerima kunjungan dari Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di rumahnya di Kampung Rong Chenok di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03007-41-00018245-3 atas nama Che Ramlah. -UTUSAN ONLINE