Peningkatan itu berlaku selepas Kumpulan Utusan memperkenalkan program penataran dengan memberi pendedahan asas penerbitan video kepada sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh Malaysia.

Melalui program tersebut, pelajar akan mempelajari teknik asas menggunakan kamera, penyuntingan serta garis panduan menghasilkan jalan cerita yang menarik.

Ketua Unit Ehwal Semasa Televisyen Pendidikan (TVP ) kementerian, Mohd. Azemi Mohd. berkata, peningkatan peserta yang bertanding amat ketara selepas program tersebut.

“Peserta dinilai berdasarkan beberapa aspek utama seperti tema #muhibah, teknikal, idea dan jalan cerita.

“Kebanyakan mereka mempunyai idea yang baik namun masih terdapat peserta yang lemah dalam mengendalikan alat teknikal seperti kamera dan mikrofon,” katanya, di sini hari ini.

Mohd. Azemi mencadangkan supaya peserta dari sekolah yang bakal dipilih untuk bergabung tenaga bersama kru produksi TVP bagi menghasilkan video yang lebih berkualiti dan boleh digunakan sebagai rujukan.

“Cetusan idea generasi muda ini banyak, namun ianya tidak digarap dengan baik dan sudah sampai masa untuk kami membantu,” ujarnya.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Orando Holding Sdn. Bhd, Joey Thum berkata, pihaknya memuji usaha baik Kumpulan Utusan dalam menganjurkan pertandingan itu dan merasakan bahawa tajaan yang mereka berikan amat berbaloi.

Pihaknya juga akan mempertimbangkan samada ingin menyambung penajaan ataupun tidak pada musim akan datang. - UTUSAN ONLINE