Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat dalam masa terdekat sebelum sambutan Aidilfitri pada 15 Jun.

Katanya, pembayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.8 juta oleh kerajaan negeri.

“Pemberian bonus sebelum hari raya ini diharap akan dapat meringankan beban penjawat awam di Negeri Sembilan bagi menyambut Aidilfitri,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE