Keputusan ini dibuat melalui mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (Exco ) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, bayaran berkenaan akan dimasukkan ke akaun penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 
yang dijangka pada 25 Jun ini. 

"Kerajaan negeri berharap agar Bantuan Khas Aidilfitri ini akan membantu meringankan beban  dan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri penjawat awam negeri ini, " katanya.

Terdapat kira-kira 5,000 penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri ketika ini. - UTUSAN ONLINE