Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat dalam masa terdekat sebelum Aidilfitri pada 15 Jun depan.

“Pemberian bonus ini diharap akan dapat meringankan beban penjawat awam di Melaka.

“Pembayaran ini akan dibuat sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika berucap pada program Moreh Bersama Rakyat yang dihadiri Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Keris, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE