Sapkota Mangal

Pengawal keselamatan warga Nepal itu, Sapkota Mangal, 40-an turut mendakwa badannya menjadi panas dan berpeluh selepas meminum kopi yang diberikan rakan sekerjanya.

Sapkota yang telah berada di negara ini selama 14 tahun berkata, dia tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital dan dirawat di Unit Kecemasan HPP sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas kea­daannya stabil.

“Kawan saya dapat kopi itu daripada seorang wanita dan kami berdua mencubanya ketika be­kerja di sebuah kilang di sini.

“Tetapi selepas mi­­num, kepala saya pe­ning dan berpusing-pusing, badan jadi panas sebelum saya pengsan. Apabila sedar saya sudah ada di hospital,” katanya ketika ditemui pemberi­ta di HPP di sini hari ini.

Terdahulu, Sapkota menerima kunjungan Konsul Kehormat Nepal di Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan.

Sementara itu, Cheng Guan berkata, beliau difahamkan pihak hospital telah mengambil sampel darah kesemua lima mangsa yang me­ngalami simptom sama selepas meminum kopi campuran berperisa durian tersebut.