Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelajar akan menduduki ujian khas SBP tersebut pada 11 hingga 15 Disember ini di 200 pusat yang akan disediakan di seluruh negara.

Katanya, kementerian menerima lebih 60,000 pemohonan secara dalam talian bagi mengisi 10,000 kekosongan di SBP.

“Pelajar akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan berkenaan di pusat yang disediakan seperti di Kedah 15 pusat, juga dijalankan secara dalam talian selama satu jam setengah.

“Kita ambilkira semua keputusan dalam PSR namun keutamaan adalah keputusan daripada ujian khas SPB itu kelak, “ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran My New School di Sekolah Kebangsaan Paya Rawa di sini hari ini.

Mengulas lanjut tentang UPSR kata beliau, secara keseluruhan kementerian berpuas hati dengan keputusan peperiksaan itu yang diumumkan hari ini. - UTUSAN ONLINE