SYAHIDA

Tinjuan Utusan Malaysia hari ini mendapati, rata-rata mereka masih membuat persiapan akhir mengosongkan kedai dan me­ngangkut barang-barang yang masih boleh digunakan untuk dibawa ke tapak jualan baharu.

Pemilik butik kelengkapan pengantin Syahida El-Zehra, Syahida Jamaludin, 35, memberitahu Ampang Park menyimpan seribu kisah suka dan duka sepanjang tujuh tahun menjalankan perniagaan tersebut.

ZAITON KASWATI
ZAITON KASWATI

“Kami perlu kosongkan kedai sebelum pukul 2 petang ini. Pelbagai pengalaman saya lalui di sini, pahit dan manis serta ramai pelanggan yang sudah kenal kedai kami yang bertapak sejak sekian lama di Ampang Park ini.

“Walau sayu, saya tetap terpaksa berpindah dan menyambung perniagaan ini di aras 2, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, bersama harapan dan nafas baharu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, anak kepada pe­ngusaha salun Minas Hair, Evelyn Lee, 24, turut membantu pekerjanya mengangkat beberapa peralatan ke atas sebuah lori yang disewa khas bagi mengangkut kelengkapan salun itu ke tempat baharu.

EVELYN LEE
EVELYN LEE

“Salun ini diusahakan ayah saya sejak sekian lama dan kami tetap akan meneruskan perusahaan ini walau sedih mengenangkan terpaksa meninggalkan tapak perniagaan kami di Ampang Park ini,” ujarnya.

Pusat beli belah tertua negara, Ampang Park yang menjangkau usia 44 tahun akan dirobohkan bagi membina laluan pejalan kaki bawah tanah serta stesen Transit Aliran Massa Jajaran Kedua (MRT2).

Dalam pada itu, seorang jurujual Kedai Kasut Princess, Zaiton Kaswati, 51, berkongsi kesedihan kerana perniagaan tersebut telah bertapak di Ampang Park sejak lebih 30 tahun lalu.

“Kedai ini ditubuhkan lebih 30 tahun di sini dan saya sendiri telah bekerja di kedai ini lebih 20 tahun bersama majikan saya.

“Pelbagai pengalaman kami berniaga di sini dan pastinya Ampang Park akan sentiada terpahat dan melekat di ingatan saya,” tambahnya.