Hasilnya, 18 pekerja asing tanpa permit, tinggal lebih masa dan salah guna pas berjaya ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi selama empat jam bermula 3.30 petang itu, selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 49 pekerja asing di kesemua tujuh stesen minyak terbabit.

Pengarah Imigresen Selangor, Omran Omar berkata, disebabkan kesalahan itu, kesemua pemilik stesen minyak tersebut telah diberikan saman saksi dan mereka diminta hadir ke Pejabat Penguatkuasa Imigresen Shah Alam bagi tindakan undang-undang selanjutnya.

“Operasi ini dilakukan selepas pihak Imigresen mendapat aduan daripada orang ramai di samping risikan yang dibuat sendiri pihak kami selama dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.