HO SU MONG

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Datuk Ho Su Mong berkata, peraturan tersebut dianggap tidak praktikal berikutan 40 peratus pelanggan dan pengunjung restoran dan kedai makan terdiri daripada para perokok.

“Jika penguatkuasaan peraturan ini dilaksanakan ia boleh menjejaskan pendapatan para pengusaha apabila mereka kehilangan para pelanggan yang tidak lagi mahu ke restoran akibat peraturan tersebut.

“Kesemua 30,000 pengusaha ini merupakan ahli kepada tiga persatuan iaitu MSCPGA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas).

“Sebagai mewakili ahli, kami ketiga-tiga persatuan sememangnya membantah peraturan baru Kementerian Kesihatan ini,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Hampir 50 pengusaha restoran dan kedai makan hadir dalam sidang akhbar ini dan mereka juga mengadakan demonstrasi aman sebagai membantah peraturan tersebut.

Yang turut hadir Presiden PRIMAS, T Mutusamy, Presiden PRESMA Ayoob Khan. - UTUSAN ONLINE