Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, MCA juga tidak layak mendapat sokongan rakyat kerana mereka mengambil pendirian cauvinis yang hanya berjuang untuk satu kaum. 

“Mereka menuduh saya mengkhianati masyarakat Cina walaupun saya menegaskan bahawa sebagai Menteri Kewangan, saya utamakan diri saya sebagai seorang Malaysia dahulu.

“Pada masa sama, MCA sanggup mengkhianati rakyat dengan bukan sahaja menyokong UMNO yang bersifat perkauman malah bekerjasama dengan parti ekstremis seperti Pas yang menanam sikap menghasut terhadap bukan Islam dan bukan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE