Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sebelum ini beliau pernah mengetengahkan isu sama ada perlu atau tidak kerajaan membuat pengumuman perubahan harga bahan bakar itu di Kabinet.

“Tidak perlu untuk kerajaan membuat pengumuman itu namun saya serahkan kepada KPDNKK untuk membuat keputusan. Perkara ini diketahui umum,” katanya pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk tidak membuat sebarang pengumuman kenaikan atau penurunan harga petrol dan diesel secara mingguan bagi mengelakkan spekulasi oleh pihak tertentu. – UTUSAN ONLINE