Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Terengganu dilengkapi senjata api

KUALA TERENGGANU 19 Mac - Pasukan penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri yang menjalankan operasi kini dilengkapi senjata api bagi melindungi mereka semasa menjalankan tugas terutama di lokasi-lokasi panas yang dikenalpasti.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, langkah itu dipergiatkan bagi memastikan keselamatan kesemua 12 kakitangan penguat kuasa sentiasa terkawal.

Menurutnya, ketika ini, jabatan itu memiliki 21 senjata api terdiri daripada pistol dan senapang patah.

"Pegawai kita pernah diugut oleh pembalak haram pada September tahun lalu dan semalam ada pula yang ditembak. Bagaimanapun, insiden ini tidak melemahkan semangat kami kerana operasi serbuan tetap akan diteruskan termasuk di 30 lokasi panas yang kita kenal pasti di seluruh negeri.

"Berdasarkan siasatan awal, sindiket ini bergerak secara berkelompok dan dalam satu malam mereka boleh mengaut keuntungan mencecah hingga RM80,000," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Awal pagi semalam, anggota jabatan itu dan seorang mekanik menjadi mangsa tembakan senapang angin pembalak haram ketika menjalankan operasi bersepadu di Hutan Simpan Dungun.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 pagi itu, salah seorang anggota yang merupakan pembantu am, Rostan Abd. Razak, 34, tidak mengalami sebarang kecederaan manakala seorang lagi anggota cedera pada bahagian pinggang akibat terkena peluru senapang berkenaan.

Kejadian berlaku apabila anggota Jabatan Perhutanan Negeri menemukan sebuah jengkaut dan dua tual balak jenis kapur di dalam tanah pertanian berhampiran hutan terbabit.

Menurut Ahmad Fadzil, kecederaan yang dialami mekanik berkenaan tidak parah dan kedua-dua mereka yang terlibat sudah kembali bertugas.

Katanya, berdasarkan rekod sejak dari awal tahun hingga kini, sebanyak lima operasi bersepadu telah digerakkan di seluruh negeri dan jabatan itu berjaya merampas kira-kira lima jentera berat, tiga buah gergaji berantai, satu senapang buatan sendiri, sebuah kereta pacuan empat roda dan empat buah lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan telah mengambil 10 keterangan saksi untuk membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain