Menurut Tabung Haji, hibah untuk tahun lalu itu merangkumi pengiraan baki purata minima bulanan iaitu jumlah deposit purata terkumpul bermula Januari hingga Disember 2017 dan didarabkan dengan hibah tahunan Tabung Haji sebanyak 4.5 peratus.

“Bagi pendeposit yang belum menunaikan haji pula, Tabung Haji memperuntukkan hibah tambahan sebanyak 1.75 peratus yang didarabkan dengan baki purata minima bulanan.

“Pengiraan hibah haji berkenaan adalah tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM9,980,” jelas Tabung Haji dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE