Surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan negeri, Persekutuan, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Pekeliling itu ditandatangani oleh Ketua Penolong Setiusaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol), Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman bagi pihak Setiausaha Kerajaan, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

"Jalur Gemilang dan bendera negeri di jabatan dan di bangunan kerajaan negeri, Persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai 12 hingga 14 September. - UTUSAN ONLINE