Bertolak daripada premis sebagai suatu negeri yang agak ketinggalan dalam pendidikan, katanya, seiring dengan azam kerajaan, bidang itu terus dipacu sehingga Terengganu bergerak sering dengan negeri lain dan seterusnya berada di hadapan.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Guru, beliau berkata, tahap kecemerlangan akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar anak negeri terus meluncur laju di semua peringkat, dan berkembang sehingga ke tahap yang boleh dianggap sebagai luar biasa.

Menurut beliau, seawal sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, para pelajar telah memahat sejarah kehebatan tersendiri dalam pelbagai bidang termasuk sukan.

"Saya dan barisan kepemimpinan mengucapkan terima kasih kepada anda semua warga pendidik di atas komitmen tinggi dan pengorbanan besar kepada pencapaian yang luar biasa di setiap bidang.

"Kami sentiasa menghormati kerjaya mulia ini yang tidak terbalas dengan apa jua yang ada. Hanya doa kami agar Allah membahagiakan dan melimpahkan rahmat kehidupan anda bersama keluarga tercinta.

"Apa yang penting ialah kesungguhan dan keinginan kita merancang masa depan anak bangsa tidak terhenti di sini. Teruskanlah membela dan mencorak masa depan mereka," ujarnya. - UTUSAN ONLINE