Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM, Brig Jen Dr. Mohd. Zambri Mohamad Rabab berkata, tanpa kelulusan tersebut, UAV yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai hobi boleh dirampas oleh pihak polis atau tentera.

Menurutnya, permit itu perlu dipohon memandangkan terdapat lebih 2,000 kawasan larangan dan sasaran penting yang telah digazetkan oleh kerajaan untuk tujuan keselamatan.

“Di bawah Akta 4 dan 7 Akta Rahsia Rasmi, UAV yang diterbangkan tanpa mendapat permit boleh dirampas oleh tentera ataupun polis dan penggunanya boleh dipenjarakan maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan.

“Permit berkenaan boleh dipohon menerusi laman sesawang JUPEM di www.jupem.gov.my., “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Demostrasi dan Pameran UAV Sempena Bengkel Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA)di Padang Perdana di sini, hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden PEJUTA, Datuk Sr Dr. Mohd. Zaid Abdullah.

Pada majlis berkenaan, seramai 80 Juruukur dari seluruh semenanjung hadir untuk pameran dan demostrasi. - UTUSAN ONLINE