Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penggiat seni perlu bersemangat pertahankan warisan budaya

Dari kiri: Taazim Mohamad, Sabri Yunus, Norliza Rofli, Megat Zulkarnain
Dari kiri: Taazim Mohamad, Sabri Yunus, Norliza Rofli, Megat Zulkarnain Omardin dan Azlim Ibrahim dalam sesi kedua sempena Wacana Prakongres Budaya 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Mac - Semua penggiat industri seni kreatif perlu bersama-sama memperjuangkan seni dan warisan budaya yang semakin tidak mendapat perhatian daripada kelompok masyarakat lebih-lebih lagi dalam era serba moden ini.

Pengarah Unit Pembangunan Pelajar dan Kokurikulum, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Azlim Ibrahim berkata, dalam hal itu semangat juang tinggi perlu ada dalam diri penggiat seni bagi memastikan warisan budaya seperti silat, wayang kulit dan dikir barat sentiasa terpelihara.

“Penggiat seni yang kreatif akan berusaha memastikan produk seni dan wa­risan budaya ini terus kekal agar tidak lapuk dek zaman. 
“Selain itu, pemberian insentif oleh kerajaan perlu direbut dan digunakan sebaik mungkin untuk mempromosikan seni kepada umum,” katanya dalam sesi kedua pembentangan bertajuk Industri Seni dan Warisan Budaya pada Wacana Prakong­res Budaya 2017 bertemakan Wa­risan Budaya dan Industri Kan­dungan Kreatif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Antara panel yang terlibat ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli; pensyarah Jabatan Komunikasi UIAM, Dr. Harmi Taazim Mohammad; Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PERSAKA), Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan pelakon Sabri Yunus.

Sementara itu Sabri berkata, seni dan warisan budaya juga harus berkembang mengikut peredaran zaman agar generasi muda dapat menerimanya de­ngan baik.

“Contohnya wayang kulit, dalam mendidik generasi muda untuk mengenali seni ini cerita yang disampaikan perlu bersifat santai dan tidak terlalu berat.

“Lama-kelamaan generasi muda akan mencintai wayang kulit dan mencari cerita-cerita asalnya,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain