Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu perbincangan akan diadakan beliau bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi memilih pengganti untuk kedua-dua jawatan penting dalam pasukan polis itu.

“Kita akan putuskan nanti pengganti-pegganti bagi jawatan penting dalam polis, insya-Allah saya akan bincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh singkat.

“Tempoh bersara mereka telah pun hampir tiba, jadi akan diputuskan dalam tempoh tidak berapa lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Hulu Langat dan ketua kampung serta penghulu di DUN Semenyih dekat sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan tamat Mei ini. - UTUSAN ONLINE