SULTAN MUHAMMAD V berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan kepada Abdul Azeez Abdul Rahim. BERNAMA

Nama Abdul Azeez sebelum itu tercatat sebagai antara 12 individu yang menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) sebelum ditukar kepada SJMK pada pagi ini.

Selain Abdul Azeez, tiga pene­rima lain yang dianugerahkan darjah kebesaran tersebut yang membawa gelaran Datuk ialah Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim; Ahli Majlis Perajaan Negeri, Datuk Tengku Faridah Sultan Ibrahim dan Pengerusi PBN Development Sdn. Bhd., Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Dalam Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan 2016 yang diadakan di Istana Balai Besar itu, seramai 599 penerima dianugerahkan darjah kebesaran negeri, bintang dan pingat.

Abdul Azeez yang ditemani isteri, Datuk Seri Khadijah Mohd. Nor turut berkongsi ke­gembiraan sebagai seorang individu penting yang banyak menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti Tabung Haji dan kerja-kerja ketika pascabah kuning dua tahun lalu.

Beliau berkata, pengurniaan tersebut adalah pengiktirafan paling berharga daripada kerajaan negeri ini kepada beliau.

“Saya menjunjung kasih dan syukur atas pengurniaan ini. Anugerah ini menunjukkan kerajaan negeri mengiktiraf kerja-kerja terutama ketika pascabah kuning lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.