Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai nama individu yang berpotensi memegang jawatan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

"Setakat ini kita belum tahu siapa yang akan dilantik. Saya perlu bincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri terlebih dahulu.

"Saya tidak akan hantar satu nama, sebaliknya beberapa nama untuk dipertimbangkan Perdana Menteri. Beliau yang akan membuat keputusan siapa layak," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE