Kuala Lumpur 25 Mei 2016 - Pengerusi Bukan Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 Utusan Melayu (M) Berhad di Dewan Besar Utusan Melayu, disini, hari ini. Gambar : Hafiz Johari / Pemberita : Zunaidah (Meja Am).

Mohamad Fatmi, 58, yang merupakan bekas Se­tiausaha Politik kepada Perdana Menteri, dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Beliau juga bergiat aktif dalam bidang politik dan memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu sejak 2008 dan Bendahari UMNO Kelantan sejak 2013.

Mohamad Fatmi berkelulusan Ijazah Sarjana Perniagaan dari Universiti Tulane, New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemasaran dari Universiti Southern Illinois, Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat.