AHMAD SHABERY CHEEK
AHMAD SHABERY CHEEK

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, potensi itu jelas dilihat apabila pendaratan ikan di Kelantan mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun.

"(Pendaratan ikan) daripada 62,238 tan metrik ikan pada 2014, ia telah meningkat kepada 218,800 tan metrik pada tahun lepas (2016)," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama nelayan di pelabuhan tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Datuk Zawawi Othman, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Ahmad Shabery berkata, antara perkhidmatan yang perlu dipertingkatkan itu ialah bilik sejuk beku, bekalan ais yang berkualiti dan mencukupi untuk jangka panjang, kilang industri hiliran, logistik dan memastikan tahap kebersihan memenuhi piawaian antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau mahu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Semerak yang mengendalikan pelabuhan tersebut mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan di pelabuhan itu.

Ahmad Shabery mahu persatuan nelayan terbabit merebut peluang perniagaan yang diberikan kerajaan kepada mereka untuk menjana pulangan yang terbaik melalui kewujudan pelabuhan tersebut. - BERNAMA