Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan kepada potensi besar negeri ini dalam industri akuakultur.

“Pengeluaran akuakultur di Temerloh sahaja merekodkan lebih 14,000 tan metrik ikan pelbagai sepesis seperti patin dan talapia setahun.

“Bilangan sangkar ternakan ikan di daerah ini pula adalah sebanyak 2,018 unit dengan jumlah pengusaha seramai 283 orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Petani, Penternak dan Nelayan daerah ini di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin. - UTUSAN ONLINE