Ketua polis New Delhi, Komisioner Brijesh Gupta berkata, seorang daripada tiga suspek warga Iran itu pernah berhubung dengan seorang lagi suspek Sedaghatzadeh Masoud, yang ditahan di Malaysia kerana disyaki terlibat dalam letupan di Bangkok.

"Houshang Afshar pernah datang ke Delhi sebanyak dua kali dan dia dipercayai pernah berhubung dengan Sedaghatzadeh, sekali gus membuktikan kedua-dua kejadian terbabit saling berkait," katanya. - REUTERS