Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peraturan tersebut bertujuan bagi memastikan senjata api yang dimiliki oleh syarikat kawalan keselamatan tidak disalah gunakan untuk kegiatan jenayah atau keganasan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, peraturan berkenaan merupakan antara 10 inisiatif yang digariskan Kementerian Dalam Negeri bagi

meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan pengawal keselamatan di negara ini.

“Bermula bulan depan, orang awam boleh menyemak status syarikat kawalan keselamatan yang berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dengan kementerian secara dalam talian,” katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan syarikat kawalan keselamatan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.