Pengetua pusat tahfiz tersebut, Mohd Zahid Mahmood berkata, pihaknya bercadang mendapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan warga Nepal daripada agensi yang berkaitan bagi menjamin keselamatan penghuni serta bangunan tersebut.


“Cadangan mendapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan itu bukan cadangan baharu ia sudah difikirkan sebelum kebakaran terjadi.


“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, kita sentiasa menjadikan aspek keselamatan sebagai keutamaan dan kebakaran itu berlaku di bangunan sementara,” katanya.


Tambahnya, pelajar boleh memulakan pengajian pada November ini dan bangunan tersebut turut dilengkapi dengan 24 kamera litar tertutup.-UTUSAN ONLINE