Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan.

Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya itu.

 

"Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

 "Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak sudah meninggal dunia," katanya.

Tambahnya, Allahyarham turun dari rumah mereka di Kampung Paloh pada pukul 8 pagi bersama suaminya.

 

Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Patani, Thailand dan masih berada di sana. - UTUSAN ONLINE