Sebaliknya, graduan-graduan tersebut mempunyai kadar pengangguran yang lebih tinggi daripada rakan sebaya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Perkara tersebut dinyatakan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 yang meneliti kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia dari tahap pendidikan yang berbeza, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2017.

Laporan itu menyebutkan bahawa belia bumiputera dengan pendidikan tinggi merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada tahun 2017 pada 4.6 peratus, jauh lebih tinggi daripada belia bumiputera yang hanya mempunyai kelulusan sekolah menengah (4 peratus).

Sementara itu belia dengan pendidikan sekolah rendah merekodkan kadar pengangguran pada 1.9 peratus manakala bumiputera yang tidak mempunyai sebarang pendidikan sekolah formal dengan kadar pengangguran terendah pada 1.5 peratus. - UTUSAN ONLINE