Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubung pihaknya akan memastikan silibus yang ditawarkan di Tabika Kemas relevan dan diubah mengikut keperluan berkenaan.

“Meskipun mempunyai tiga subjek baharu (Keyakinan Diri, Patriotik dan Pendidikan Pengayaan Islam), kita terus memastikan subjek lama sentiasa relevan dan diubah suai mengikut keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas Parlimen Bera di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin dan Pengarah Kemas negeri, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi. - UTUSAN ONLINE