Menurut menantunya, Mohd. Hazli Hassan, Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu.

“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di No. 2 Persiaran Keramat Hujung sebelum dikebumikan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Allahyarham Hassan, 90, menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970-an.

Tokoh Maal Hijrah 2002 itu juga pernah melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Allahyarham juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.

Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan.- UTUSAN ONLINE