ABDUL RAHMAN

Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang percaya pengadu terbabit merupakan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, beliau menegaskan DoJ perlu mendedahkan identiti pengadu tersebut kerana Malaysia berhak mengetahuinya.

“DoJ perlu mendedahkan identiti mereka supaya Malaysia dapat mengesahkan kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi mengguling Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjelaskan, 1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam saman sivil difailkan oleh DoJ.

Beliau juga memberitahu, berdasarkan fakta, aset yang didakwa oleh DoJ diperoleh daripada sumber yang salah dan mahu dilucuthak adalah dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB.

Sementara itu Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, Malaysia tidak memerlukan campur tangan pihak asing untuk menyelesaikan masalah 1MDB termasuk DoJ.

Katanya, bukan lagi rahsia bahawa tindakan tidak profesional dan rasional DoJ itu didorong konspirasi dirancang pembangkang sedangkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah berulang kali menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam penyelewengan itu.

KUALA LUMPUR 18 Jun – Siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercayai dicetuskan oleh pengadu yang mempunyai agenda politik jahat terhadap kerajaan.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang percaya pengadu terbabit merupakan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, beliau menegaskan DoJ perlu mendedahkan identiti pengadu tersebut kera­na Malaysia berhak mengetahuinya.

“DoJ perlu mendedahkan identiti mereka supaya Malaysia dapat mengesahkan kaitan pe­ngadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi mengguling Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

IRMOHIZAM IBRAHIM
IRMOHIZAM

Mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjelaskan, 1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam saman sivil difailkan oleh DoJ.

Beliau juga memberitahu, berdasarkan fakta, aset yang didakwa oleh DoJ diperoleh daripada sumber yang salah dan mahu dilucuthak adalah dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB.

“Ketika kita memahami DoJ mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil itu, adalah penting untuk setiap saman berlandaskan kepada fakta yang boleh dibuktikan dan bukan berpegang kepada ke­nyataan retorik tanpa asas serta mempunyai niat ti­dak baik.

“Apa yang lebih penting, dakwa­an dibuat DoJ perlu dibuktikan di mah­kamah sebelum boleh diterima sebagai fakta,” jelas beliau.

Sementara itu Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, Malaysia tidak memerlukan campur tangan pihak asing untuk menyelesaikan masalah 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) termasuk DoJ.

Katanya, bukan lagi rahsia bahawa tindakan tidak profesional dan rasional DoJ itu didorong konspirasi dirancang pembangkang sedangkan Peguam Negara, Tan Sri Moha­med Apandi Ali telah berulang kali menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam penyelewengan itu.

“Tindakan DoJ ini satu kons­pirasi untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak perlukan campur ta­ngan asing bagi menyelesaikan masalah 1MDB tersebut.

“DoJ bukan sahaja bertindak melulu bahkan juga menuduh tanpa usul periksa. Tidak ada sebab untuk kita mempercayai kenya­taan dikeluarkan DoJ,” katanya.