Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Pusat Miri pada pukul 10 pagi tadi.

“Watson membuat laporan polis terhadap program televisyen yang didakwa memperlekehkan nama mendiang bapanya.

“Polis Sarawak mengesahkan telah menerima laporan itu dan melihat rakaman video program berkenaan yang telah tular di media sosial,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE