Bagi seorang peneroka Sungai Koyan 3, Mustapa Ahmad, 66, apa yang dilihat realiti pada hari ini adalah masalah bebanan kos sara hidup dalam keadaan harga kelapa sawit yang masih tidak stabil.

Katanya, hasil daripada meng­usahakan tanaman kelapa sawit sememangnya tidak mampu untuk

MUSTAPA AHMAD
MUSTAPA AHMAD 

menampung perbelanjaan keluarga dalam keadaan harga barang khususnya makanan yang terus meningkat.

“Kalau melihat tangan saya tahulah bagaimana kerasnya saya bekerja mencari pendapatan bagi menampung keluarga, dengan 15 orang anak mana cukup dengan pendapatan pada masa ini.

“Mana-mana kerajaan sama sahaja, kami terpaksa bertungkus lumus menyara kehidupan. Selepas Subuh saya sudah keluar membuat pelbagai kerja sehinggakan tok empat datang mengunjungi saya kerana sudah lama saya tidak bertemu penduduk,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

KHAMIS MAASAI
KHAMIS MAASAI 

Kelmarin, Mohamed Azmin yang hadir dalam majlis ramah mesra bersama Komuniti Felda Sungai Koyan 2 berkata, kerajaan akan mencari pendekatan dan kaedah untuk membantu peneroka Felda.

Susulan itu Manogaran yang ditemui ketika berkempen di Sungai Koyan malam semalam berkata, pemerintahan BN yang memberikan banyak masalah kepada Felda telah berakhir dan kerajaan PH akan membawa Felda ke tahap lebih baik.

Dalam pada itu, seorang lagi peneroka, Khamis Maasai, 72, berkata, Felda yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah memberikan masa depan kepada rakyat.

Katanya, kewujudan Felda menyaksikan peneroka yang dahulunya tidak mempunyai apa-apa kini memiliki tanah dan juga sumber pendapatan.