Mohd. Fadzil Ibrahim
Mohd. Fadzil Ibrahim

Pengerusi Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok 2003-2013, Mohd. Fadzil Ibrahim berkata, pihak SPRM juga sepatutnya menahan serta membekukan harta dan akaun pihak-pihak lain yang ada hubung kait dengan transaksi terbabit.

"Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor sebagai perantara yang turut sama dapat manafaat tanah 1,000 ekar yang asalnya hak peneroka patut ditahan siasat dan dibeku tanah dan akaun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SPRM semalam mula bertindak dengan menahan enam individu termasuk dua yang bergelar Datuk selepas hampir lima bulan melakukan siasatan berhubung isu penjualan tanah seluas 880 hektar di Ijok kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion. - UTUSAN ONLINE