Beliau berkata, mereka terdiri daripada 450 jemaah haji melalui penerbangan KT02.

"Semua jemaah haji pertama itu akan berlepas melalui penerbangan Saudi Arabia SV5644.

"Mereka akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kuala Lumpur pada pukul 10 malam waktu tempatan (3 pagi, Ahad waktu Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan haji pada musim haji kali ini.

Kesemua mereka tiba di tanah suci mulai 4 Ogos lalu membabitkan keseluruhan KT47.

Ketika ini para jemaah berada di Mina untuk melakukan lontaran di Jamrat.- BERNAMA