Zulkeflee Yaacob

Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (Kayma), Dr. Zulkeflee Yaacob berkata, langkah itu bertujuan menjaga kesucian dan keutuhan keturunan sebagaimana dirumuskan oleh ulama mengikut maqasid syariah.

“Keutuhan nasab amat penting untuk dipelihara kerana akan memberi implikasi dan kesan menjangkau aspek-aspek hukum syarak berkenaan pembahagian harta pusaka, perwalian, pernikahan dan hukum-hakam mahram.

“Islam itu ilmu hidup dan mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan untuk membenarkan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah, layak di sisi undang-undang untuk dibin atau dibintikan nama bapanya mengundang bantahan banyak pihak.