Wakilnya, Mohd. Ghazali Daud, 62, berkata, ikan tersebut berjaya ditangkap menggunakan kaedah candik di Sungai Lubok Jong, Kampung Teresek.

Menurutnya, mereka mengambil masa lebih satu jam untuk menarik ikan berkenaan ke tebing sungai menggunakan tali.

"Ini merupakan tangkapan ikan patin terbesar yang pernah kami dapat. Sejujurnya tangkapan ini amat mengejutkan kami semua," katanya di sini hari ini.

Mohd. Ghazali memberitahu, hasil tangkapan itu dijual dengan harga RM15 sekilogram.

Katanya, sehingga kini 120 kg ikan tersebut telah dijual kepada penduduk setempat.

"Baki daripada ikan tersebut diagihkan kepada rakan-rakan yang telah terlibat dalam kerja-kerja tersebut," ujarnya. -UTUSAN ONLINE.