Tengkorak tersebut ditemukan dua remaja yang ingin melastik burung di kawasan itu kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa remaja terbabit kira-kira pukul 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

“Susulan itu, kita turut menjumpai lapan ketul objek dipercayai tulang manusia secara berselerak dalam lingkungan 50 meter persegi dari tempat penemuan tengkorak itu.

“Kita telah menghantar semua lapan tulang dan tengkorak berkenaan ke Hospital Kuala Krai untuk dianalisis bagi mengenal pasti identiti pemiliknya,” katanya.

Abdullah dalam pada itu memberitahu, pihaknya turut menemukan sebuah telefon bimbit dan topi berhampiran tulang-tulang yang berserakan. - UTUSAN ONLINE