Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, di bawah kepemimpinannya, peruntukan besar dikeluarkan bagi penyediaan infrastruktur pendidikan dan kemudahan berkaitan yang disifatkan sebagai pelaburan strategik.


“Kita perlu memiliki akses pendidikan yang sempurna dan berkualiti dalam membawa kemajuan kepada negara dan mengubah taraf kehidupan rakyat tanpa mengabaikan mana-mana kaum.


“Malah, negara kita memiliki sistem pendidikan terbaik di rantau ini.


“Sebab itu, saya sentiasa memberikan keutamaan terhadap aspek pendidikan setiap kali merangka belanjawan negara,” katanya berucap merasmikan blok baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua No. 4 di Jalan Nanas, di sini hari ini.