Bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, amat malang jika kerajaan condong untuk mendokong UEC.

Tegas beliau, komen-komen pertualang yang berbaur fitnah akan menyebabkan berlakunya perpecahan kaum serta mengganggu sensitiviti kaum.

“Lantaran komen petualang seperti inilah kenapa pendidikan negara masa depan wajib satu. Amat malang jika kerajaan condong lantas mendokong UEC. DAP wajib hentikan gara-gara ini jika tidak buruk padahnya,”ujarnyA menerusi twitternya hari ini.

UEC merupakan salah satu daripada manifesto Pilihan Raya ke-14 Pakatan Harapan.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek memberitahu sebarang keputusan yang bakal diambil berhubung pengiktirafan UEC akan bersifat komprehensif dan holistik dengan tidak menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. -UTUSAN ONLINE.