Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengagihan organ dilakukan berdasarkan kriteria klinikal dan keserasian pesakit.


Jelas beliau, tidak menjadi halangan sekiranya orang Islam dan bukan Islam ingin menderma organ dan darah kepada mana-mana penerima. 


Beliau berkata, memang terdapat kemungkinan organ yang didermakan oleh orang bukan Islam diberikan kepada seorang Islam dan sebaliknya. 


“Kementerian amat menghargai kesudian ramai rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai penderma organ dan menderma darah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya,dari segi hukum pendermaan organ, fatwa telah dikeluarkan seawal tahun 1970 oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan pendermaan organ dalam kalangan masyarakat Islam. 


Beliau mengulas berhubung satu video yang telah dikeluarkan oleh pihak tertentu mengenai status rakyat bukan beragama Islam yang ingin menderma organ. -UTUSAN ONLINE.