Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, video-video tersebut dapat memberi kesedaran kepada golongan itu berhubung pendekatan-pendekatan yang dijalankan kerajaan ketika ini.

“Melihat kepada hasil-hasil kerja mereka pada Mulvec, saya boleh katakan ia telah menggabungkan elemen kreativiti dalam menyampaikan dasar kerajaan.

“Secara keseluruhannya, per­tandingan ini memberi gambaran tentang betapa pentingnya menghargai kewujudan dasar-dasar yang membantu kita sebagai rak­yat di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Mizan berkata, penyertaan universiti awam, kolej komuniti dan politeknik pada Mulvec turut membawa kepada proses integrasi yang sihat antara kesemua institusi ber­kenaan.

Katanya, sinergi antara kreativiti visual dan seni penyampaian dasar kerajaan adalah satu kemahiran yang penting dan perlu dipupuk terutama dalam kalang­an pelajar.

“Pertandingan seperti Mulvec ini perlu diteruskan dalam usaha memastikan golongan pelajar di negara ini memahami dasar kerajaan dengan lebih mendalam.

“Adalah penting untuk kita melahirkan lebih banyak gene­rasi yang celik dasar kerajaan dan sentiasa bersyukur dengan segala pendekatan berteraskan kebajikan oleh kerajaan kepada rakyat,” katanya.