Mereka ialah Ummu Farah Haidar Zulkifli, Rene'e Aziz Ahmad, Nurul Huda Shamsuddin, Nir Azmin Adnan dan Fazilah Abd. Manan dan Fairul Asmaini Mohd. Pilus.

Ketibaan kesemua peserta itu disambut Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden Persatuan Kembara Negara, Tan Sri Khalid Yunus.

Ummu Farah Haidar, 30, yang juga merupakan ketua misi itu berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur kerana selamat pergi dan pulang dalam satu pasukan meskipun hanya dia seorang sahaja yang berjaya tiba di puncak gunung setinggi 5,642 itu.

"Ketika kejadian banjir lumpur itu berlaku, pasukan kami berada jauh daripada tempat kejadian, namun apabila hendak pulang semula ke lapangan terbang kami terpaksa melalui kawasan tersebut, disebabkan banyak jalan yang ditutup semua peserta misi perlu menggunakan helikopter untuk keluar.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya penganjur misi ini iaitu Persatuan Kembara Negara, KSP, Pergerakan Puteri UMNO dan Sekretariat Negaraku Pejabat Perdana Menteri kerana banyak membantu kami sehingga misi mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 berjaya dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini.

Pasukan tersebut sebelum ini membuat percubaan pendakian ke puncak gunung tersebut pada 31 Ogos lalu, namun disebabkan cuaca buruk kesemua peserta itu terpaksa menangguhkan misi tersebut kepada Sabtu lalu.-UTUSAN ONLINE.