Kejayaan tersebut memboleh­kan Mohd. Noor mencapai sasaran untuk menawan semua enam puncak Banjaran Himalaya iaitu Nagarjun Peak (5,100 meter), Chukung RI (5,550 meter), Kongma La Pass (5,500 meter), Khalapattar (5,550 meter), Eve­rest Base Camp (5,364 meter) dan Chola-La Pass (5,420 meter).

Mohd. Noor berkata, beliau mengambil masa hampir empat jam untuk sampai ke puncak Chola-La Pass pada pukul 10.30 pagi ini waktu tempatan.

“Hujan salji hari ini halus dan sedikit menyukarkan pergerakan saya terutama untuk melihat laluan trek pendakian ke puncak.

“Namun, saya bernasib baik ada kayu ski dan Sherpa yang banyak membantu pendakian saya hari ini dan sebelumnya,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Mohd. Noor yang merupakan jurugambar Utusan Malaysia memulakan misi menawan beberapa puncak gunung di Banjaran Himalaya sejak 23 April lalu.

Mohd. Noor menambah, beliau akan meneruskan usaha untuk menawan dua lagi puncak gunung yang bukan dalam senarai pendakiannya iaitu puncak Gokyo Ri esok sekiranya keadaan cuaca baik.

“Sekiranya keadaan cuaca ti­dak baik, saya akan tukar ranca­ngan untuk mendaki ke puncak Rangja Pass pula tetapi semuanya bergantung kepada keadaan cuaca esok,” jelasnya.