Shahidan Kassim

Beliau berkata, sekalipun golo­ngan ini adalah kumpulan kecil tetapi perbuatan mereka memang menyusahkan rakyat.

Katanya, pembenihan hujan yang dilakukan untuk meningkatkan air di empangan mengalami kegagalan kerana tanah yang gondol di kawasan tadahan tidak mampu me­­n­yerap air semasa hujan.

“Kawasan tadahan di seluruh negara perlu dijaga supaya selamat daripada sebarang aktiviti pencerobohan oleh mereka yang tamak,” katanya dalam sidang akhbar semasa mengadakan lawatan ke Empangan Timah Tasoh, dekat sini semalam.

Shahidan berkata, pi­haknya berharap de­ngan kelulusan pembinaan dua telaga tiub di Perlis akan dapat membantu meningkatkan paras air di Empangan Timah Tasoh.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan pembinaan telaga tiub itu sebaik sahaja mendapat peruntukan Kerajaan Pusat.